Mara ke Damsyik Pengepungan Damsyik (634 M)

Setelah kekalahan Rom dalam pertempuran tersebut, Heraclius menghantar abangnya pulang ke Constantinople dalam keadaan yang memalukan. Seminggu selepas kejayaan tentera Muslim di Ajnadain, tentera Arab memulakan kemaraan ke utara untuk ke arah kota Damsyik. Tentera Muslim tiba di Yaqusa yang terletak di selatan tebing Sungai Jordan. Tentera Muslim telah ditentang oleh tentera Byzantine di situ. Walaupun tentera Byzantine tidak memberikan tentangan yang hebat ke atas tentera Muslim, tetapi mereka berjaya melengahkan kemaraan tentera Muslim demi memastikan kota Damsyik membuat persiapan rapi bagi menghadapi pertempuran seterusnya. Selepas Khalid berjaya memimpin tenteranya menewaskan tentera Rom di Marj al-Saffar, laluan ke Damsyik kini semakin mudah.